HARAPAN PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL HANAN
Adalah menjadi harapan Pertubuhan khidmat bakti serta merapatkan lagi kasih sayang sesama mereka yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, orang miskin dan yang kurang bernasib baik disamping untuk memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Berdasarkan kepada tanggungjawab serta harapan ini maka Persatuan ini mengambil langkah untuk mendirikan Rumah Anak yatim dan Kurang Bernasib Baik di Pasir Gudang, Johor Bahru yang dikenali sebagai “ DARUL HANAN” yang bermaksud “RUMAH KASIH SAYANG” . Darul Hanan merupakan sumber inspirasi kepada keahliannya untuk mewujudkan masyarakat penyayang.
HARAPAN
Untuk membela nasib mereka menjadi ahli masyarakat yang dapat membina dan membela bangsa dan keluarga
Harapan Darul Hanan agar dapat terus menjadi tempat `berteduh’ yang memberi sinar kepada dan memastikan mereka dapat memperolehi kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depan mereka.
Darul Hanan diharapkan dapat memberi sinar kepada kehidupan insan yang kurang bernasib baik khasnya anak-anak yatim. Perkembangan pesat kawasan perindustrian Pasir Gudang daripada penduduk nelayan kepada kawasan industri, sudah tentunya memerlukan keseimbangan sosial yang mana mereka yang kurang bernasib baik juga perlu dibela bagi memenuhi keperluan sosial dan rohani.
Dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif sesama mereka dan keakraban silaturrahim agar tidak berputus apabila mereka keluar dari Darul Hanan kelak.
Anak-anak Darul Hanan memperolehi kejayaan di dalam bidang pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.
Anak-anak Darul Hanan memperolehi kejayaan di dalam bidang pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.
OBJEKTIF DARUL HANAN
- Menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya anak-anak yatim dan miskin yang belum mendapat perhatian dan perlindungan.
- Penekanan ke atas pembelajaran bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik
- Menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif bagi membendung masalah sosial di kemudian hari.
- Mendokong konsep masyarakat prihatin dan masyarakat penyayang.
- Bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan dan badan-badan lain yang berdaftar dan mempunyai tujuan yang sama.
Barisan Pengurusan dan Staf Darul Hanan

POLISI PENGAMBILAN ANAK
Anak-anak yang layak untuk tinggal di Darul Hanan adalah terdiri dari anak-anak yatim dan dari keluarga miskin. Walaubagaimana pun jika anak tersebut adalah yatim, kriteria ekonomi waris adalah diutamakan.
Keutamaan akan diberi kepada anak-anak dari Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Masai, Ulu Tiram dan Johor Bahru sebelum menerima dari kawasan-kawasan lain. Jika terdapat permohonan dari lain-lain daerah di Negeri Johor atau Malaysia, kes tersebut akan dipertimbangkan mengikut merit oleh Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan
Semua kemasukan anak-anak mesti melalui proses pengambilan anak-anak mengikut prosedur yang sediada di Darul Hanan dan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama amat dititik beratkan di Darul Hanan dengan mewajibkan anak-anak di sini menghadiri sekolah agama anjuran Jabatan Agama Islam Johor di Pasir Gudang. Selain daripada itu, guru khas di lantik untuk membantu anak-anak untuk mengerjakan amalan-amalan agama Islam seperti sembahyang secara berjemaah, berpuasa kelas Fardu ’Ain’dan membaca Al-Quran.
Para Pegawai dan petugas Darul Hanan bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dan bantuan di dalam pelajaran anak-anak. Kelas tambahan akan disediakan untuk membantu anak-anak yang lemah di dalam pelajaran mereka.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pengurusan Darul Hanan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Darul Hanan yang di lantik melalui pemilihan di Mesyuarat Agong tahunan 3 tahun sekali. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Darul Hanan merupakan penasihat kepada operasi Darul Hanan.
Pentadbiran Darul Hanan dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan berkebolehan dalan menjaga dan mendidik anak-anak. Pegawai –pegawai di sini diketuai oleh seorang Pentadbir yang mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah dan di bantu oleh warden serta 4 orang pembantu warden setiap rumah dan tukang masak. Semua petugas-petugas ini bertugas secara bergilir-gilir dalam 3 syif.
PUNCA KEWANGAN
- Sumbangan/Derma masyarakat sekitar Pasir Gudang
- Sumbangan dari kilang-kilang di sekitar Kawasan Perindustrian Pasir Gudang
- Melalui projek-projek khas yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli–ahli Pertubuhan Persatuan Kebajikan Darul Hanan seperti Jualan Amal Kurma Ramadan, Jualan Barangan Terpakai dan Jualan Meja Malam Amal.
- Kenyataan :
- Sukacita ingin kami maklumkan bahawa syarikat yang menderma ke Darul Hanan adalah di beri pelepasan cukai menurut seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1997.
- LHDN. AG.600-12/1/4-6 4251
STATISTIK ANAK – ANAK DARUL HANAN SEHINGGA KINI
📊 LAPORAN STATISTIK DARUL HANAN
Data Sejak Penubuhan hingga April 2026
| Butiran | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
|---|---|---|---|
| Jumlah Anak / Penghuni Darul Hanan sejak penubuhan | 253 | 285 | 538 |
| Keluar Atas Permohonan Waris | 126 | 130 | 256 |
| Disiplin | 58 | 31 | 89 |
| Tamat SPM/STPM | 53 | 98 | 151 |
| 📌 PENCAPAIAN ANAK | |||
| Melanjutkan Pelajaran ke IPTA / IPTS | 34 | 69 | 102 |
| Anak-Anak yang masih belajar di IPTA hingga April 2026 | 3 | 9 | 12 |
| Anak Sedia Ada | 16 | 26 | 42 |
| ✨ JUMLAH KESELURUHAN (Pencapaian) | 53 | 104 | 157 |
